Rasa diri tak diendahkan?
Tak lah..
Mula-mula bercinta dulu memang terasa macam tu
Lama-lama tu dah lali dengan semua tu
Aku pun makin memahami dia
Orang kata, "kalau nak bercinta dengan tentera, kita kena terima dia dan juga kerjaya dia".
Memang bukan mudah untuk aku terima
Tapi kerana banyak cubaan yang Allah SWT berikan
Alhamdulillah aku dapat tanganinya
Tu pun baru sikit
Akan datang banyak lagi cubaanNya
Cuma aku kena kuat dan tabah untuk hadapinya
Jadi gf/isteri tentera, kita memang akan banyak menangis
Tapi dengan tangisan itulah yang membuatkan kita makin kuat
Tak salah menangis kerana orang yang kita sayang, kan?
Sebagai pasangan dia
Kita kena lah fahami dia, bertolak ansur, sabar, percaya dan setia bersama dia
Sentiasa sokong dengan apa yang dia lakukan
Insya Allah hubungan kita akan kekal selamanya
